Friday, March 27, 2009

0025 : KENAPA MENANG DAN KALAH?

Yang menang tak menang semua
yang kalah tak kalah semua.

Yang menang tak semestinya hebat
yang kalah tak semestilah keparat.

Yang menang kerana terpilih
yang kalah tak seharusnya tersisih,.

Yang menang tanda kejayaan
yang kalah bukannya kegagalan.

Yang menang ada amanah dan tugasan
yang kalah perlu hulurkan sokongan.

Yang menang teruskan amanat
yang kalah usah berdendam kesumat.

Yang menang usah mendabik dada
yang kalah usah bercuriga.

Adat bertanding ada menang dan kalah
yang penting hasrat dan haluan tak berubah.

1 comment:

abumuhaimin said...

Menang dan kalah adat pertandingan. Jika tiada menang dan kalah, tiadalah pertandingan dan perjuangan. Yang penting yang menang mestilah laksanakan amanah dengan sebaiknya. Jangan disalah gunakan kerana itu taklifan orang kepada kita.

abumuhaimin.blogspot.com