Thursday, March 19, 2009

0023 : KENAPA KESESAKAN DAN JANTUNG?

Anda sering terperangkap dalam kesesakan jalan raya?

Maka bersedialah berdepan risiko tiga kali ganda lebih tinggi untuk mengalami serangan jantung.

Puncanya, disebabkan asap ekzos dan pencemaran lain yang anda sedut ketika kesesakan itu berlaku.

Wanita lebih berisiko berbanding lelaki - lima kali lebih berisiko berbanding biasa untuk mengalami serangan jantung jika terdedah kesesakan lalu lintas dalam masa panjang.

Walaupun pencemaran lalu lintas dikatakan memainkan peranan, namun penyelidik terbabit tidak menolak ketegangan akibat memandu atau tersangkut dalam kesesakan juga menjadi punca serangan jantung.

Selain wanita, lelaki tua dan dan pesakit yang mempunyai sejarah masalah jantung juga berisiko tinggi.

Demikian hasil penyelidikan saintis dari Institut Epuidemiologi di Jerman.

Nota: Di persekitaran hidup kita hari ini, tidak ada apa yang tidak menjadi punca penyakit. Kebanyakan apa yang kita makan, sentuh atau bau, boleh dikatakan bakal menyumbang ke arah kesihatan yang tidak baik, jika kita tersilap langkah.

Maka berhati-hatilah dengan kesihatan dan keselamatan diri..!

6 comments:

Tie said...

Adoi...kak tie bukan saja alahan pada asap, bau diesel pun boleh buat sesak dada ni...

Memang rasa resah bila tersesat dalam kesesakan jalan raya...pendek napas...

ku tak sempurna said...

tersangatlah benarnya...
tension klu setiap hari jln sesak... ditambah dgn perut lapar :D

Maryam Abu Ahmad said...

isk, terbau asap rokok dalam jarak 2,3 meter pun rasa macam nak putus nafas dah... apalagi dengan pencemaran alam dan berbagai tekanan.

*GB* said...

@maz

"utamakan keselamatan"

bermulalah dari sekarang

:)

IRA said...

bukan sahaja sakit jantung, sakit hati juga kalau terperangkap dalam kesesakkan ni... mujurlah ipoh jarang-jarang sesak, cuma 'glamour' sikit sejak kebelakangan ni hehehe

MAZEMIE MAZ said...

Kepada semua yang memberi komen:
Berhati-hatilah... agar tidak sentiasa terjebak dengan kesesakan lalu lintas....

Terima kasih.