Saturday, December 27, 2008

0013 : KENAPA DOA?

DOA AKHIR TAHUN

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah yang memelihara dan mentadbir sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga Baginda dan sekelian sahabatnya. Ya, Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku banyak melakukan larangan Engkau, tetapi aku belum bertaubat, sedangkan Engkau tidak redha dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab Engkau sudah ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan aku supaya bertaubat daripada kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku bertaubat dan memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Apa aku lakukan pada tahun ini Engkau redhai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohon daripada Engkau, ya Allah, ya Karim, ya Zaljala liwal ikram, terimalah permohonan ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku, wahai Tuhan Maha Mulia. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga Baginda dan sekelian sahabatnya. Segala puji bagi Allah memelihara dan mentadbir sekelian alam."
__________________________
DOA AWAL TAHUN
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah yang memelihara dan mentadbir sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga Baginda dan sekelian para sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi, demi kelebihan Engkau yang Maha Agung dan kemurahan Engkau yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon kepada engkau perlindungan daripada syaitan, konconya, tenteranya dan penolongnya. Dan aku memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara tidak berfaedah daripada mendekati diri kepada Engkau. Wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Wahai Tuhan yang lebih penyayang daripada segala yang penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga Baginda dan sekelian para sahabatnya. Segala puji bagi Allah yang memelihara dan mentadbir sekelian alam."

8 comments:

RAHISAM RAMLI said...

Salam Saudara Mazemie Maz-Doa adalah senjata umat Islam. Moga diberi kekuatan untuk umat Islam berjaya.

erisya nor said...

MM, terima kaish kerana berkongsi doa yang indah ini...selalunya erisya baca dalam arab dan tiada terjemahan....kini baru dapat menghayati keindahannya....semoga tahun baru adalah tahun yang lebih cemerlang buat kita, Selamat Tahun Baru Hijrah!

Hazhari Ismail said...

ameeen

Tie said...

Moga2 kita senantiasa dalam perlindunganNya.

Sri Diah said...

Assalamualaikum wbt;
Salam tahun baru daripada kami sekeluarga semoga tahun baru ini akan menambah kejayaan, kesejahteraan dan kebahagiaan untuk kita semua. Amin.

KTS said...

aminnnn...

salam maal hijrah :D

p/s : semalam sy pergi cari novel kenangan semalam di kedai buku, tp tak jumpa... ada jual di mana ya??

Mak Su said...

berdoa untuk meminta kepada Yg Maha Pemberi

MAZEMIE MAZ said...

Salam Tuan Rahisam:
Islam banyak kelebihan'
kerana itulah musuhnya sentiasa berdendam.


erisya nor:
Selamat Tahun Baru Hijrah. Semoga selamat buat kita semua.


putera_asQalan:
Ameen.


Tie:
Insya-Allah.


Sri Diah:
Waalaikummussalam,
Insya-Allah kita semua akan dilimpahi kejayaan, kebahagiaan dan kesejahteraan.


ku tak sempurna:
Salam maal Hijrah.

p/s: sila hubungi Buku Prima di 03-55106636, bercakap dengan Mohd Ali Md Nor. Terima kasih.


Mak Su:
Dia yg maha pengasih dan penyayang.