Wednesday, December 10, 2008

KENAPA RUNTUH?

Kita bukan tak serik
kita bukan tak sakit
cuma kita terlalu ralit.

Kita bukan tak hairan
kita bukan tak belajar dari pengalaman
cuma kita tak ada keinsafan
kita sentiasa dalam kejahilan.

Lalu kita jadi gila
lalu kita lupa dosa
lalu kita lupa siapa kita.

Sudahnya semua jadi berharga
nyawa pun taruhan harga.

Lalu semua jadi berniaga
nyawa pun taruhan niaga.

Lalu semua sanggup dijaja
nyawa pun berjaja
maruah turut terjaja.

Kita tak ada keinsafan
kuasa wang kelam fikiran
terseleweng jadi kebiasaan.

Kuasa wang jadi jahanam
nyawa sia-sia terkorban
akhirnya negara akan kehancuran..?

9 comments:

RAHISAM RAMLI said...

Runtuh sebagai tanda kita manusia,
sering mencari puncak hingga alpa,
duit bukan segala-gala,
kini pampasan jadi isunya,
saman sini saman sana,
dulu tak pikir mengapa,
semoga mencari ruang lebih selesa,
selebihnya serah pada Maha Pencipta.

Tirana said...

Puisi yang penuh bermakna..biasa dikatakan sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu.. tapi kita berkali-kali jalan dan berkali-kali juga terkena tapi masih degil, nak juga lalu ikut jalan yang sama. Degil yang tak boleh diajar bila nampak di seberang jalan, habuan besar sedang menanti. Sekurang-kurangnya belajar dari kesilapan, cari jalan yang lebih selamat tapi nak buat macam mana kan sebab itulah sifat manusia yang tamak dan rakus.

nahmy said...

kita insaf pada mulanya,
tp bila wang menunjukkan mukanya, kita tewas kerananya,
itulah manusia dgn dunianya.

tintaHati said...

Tapi orang tak serik-serik pun. Dah lama-lama orang lupa. Ingat bila tragedi berulang kembali. Ahh dunia mau kiamat.....

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

salam psaudaraan..
"tangan2 manusia yg mbinasakn.." - cermin kpd sikap rakusnya manusia..

(smga kjadian yg blaku akn mgerak phk bt/jwb utk lbh prihatin thdp alam & hidupn..)

Mak Su said...

cari cari cari wang
dapat dapat dapat, runtuhan

*GB* said...

Kelmarin adalah angan-angan
Hari ini satu kenyataan
Esok terbaring kematian

::hanya mampu melihat
::duduk dan bercakap-cakap
(dalam hati berkata:nasibku lbh baik)

ku tak sempurna said...

Allah beri dugaan semoga kita rasa apa yg org bawah rasa...
mungkin kita terlalu alpa bila berada di kemuncak...
bila di atas, rumput di bumi dilupakan... :)

MAZEMIE MAZ said...

Rahisam:
Kita kerap mengada-ngada,
namun kita masih rasa selesa,
setelah tercelaka dan terdera,
kita mula terasa,
menyalak sana sini melepas rasa,
tanpa mengira ada yg terasa,
itulah kita bernama manusia
selalu alpa dan buat-buat lupa.


Tirana:
Itulah susahnya degil tak boleh diajar,
kurang cerdik tp tak mahu belajar,
selera berhambur-hambur
andai sedikit ditegur
kita balik yg disembur.


nahmy:
kerana wang selera mengganas
kerana wang nafsu membuas
kerana wang akal terlemas
kerana wang maruah tertewas.


tintaHati:
bukan saja dunia mahu kiamat,
hati murni dah lama hancur lumat,
dek perasaan yg terkesumat.


Amal@PriaPrai:
Salam persaudaraan juga.

Tangan2 rakus yg membinasa, sudahnya ditimpa bencana.

Kprihatinan diri,
lambang tulus pribadi.


Mak Su:
Cari masalah
dapatlah susah.


GB:
Kelmarin keriangan
hari ini kebingungan
esok mungkin kesangsian
lusa tergelupur kesakitan.

(syukur dgn nasib baik kita)


ku tak sempurna:
Itulah kemanusiaan,
kekadang sengaja mengelak kebaikan.

(rumput terpaksa dijak,
kerana awangan tak mampu dijejak).