Monday, December 1, 2008

0008 : KENAPA KETUANAN MELAYU?

Ketuanan Melayu?

Apa benda tu..?

Mungkin ramai orang Melayu pun tak berapa nak faham. Apa lagi dengan kaum lain.

Maka sebab itulah timbulnya macam-macam kontroversi mengenainya.

Apa yang saya faham, hanya orang politik tertentu saja yang risau dan bimbang dengan ketuanan Melayu. Kononnya ketuanan Melayu sudah tidak sesuai dengan keadaan sekarang?

Orang Melayu yang di atas sana, sepatutnya kena jelaskan dengan sejelas-jelasnya apa itu ketuanan Melayu. Bukan setakat mereka faham .Tapi biar benar-benar faham lagi mengerti.

Ketuanan Melayu bukan untuk nak cantas kekayaan orang lain. Bukan tujuan nak bunuh bangsa lain. Pun bukan nak jadikan bangsa lain hamba kepada Melayu.

Tapi kenapa timbul salah faham? Sebabnya... maklumat tak jelas.

Disebabkan maklumat tak jelas juga kecoh mengenai keistimewaan Melayu yang kononnya dapat lebih dalam negara mereka sendiri.

Kita kecoh satu dunia Melayu perlu dapat 30 peratus itu dan 30 peratus ini.

Apa yang sebenarnya dapat? Betul-betul dapatkah..? Walaupun tak dapat, tapi bangsa lain mati-mati menyangkakan Melayu sudah memperoleh segalanya. Pada hal Melayu dari dulu sampai sekarang pi mai pi mai tang tu juga.

Apabila kita bercakap tentang Melayu mesti dapat sebanyak itu dan sebanyak ini (pada hal tak tentu dapat pun), tapi kita tak heboh pula sebanyak mana bangsa lain sudah dapat? Berapa ramai bangsa lain yang hidup lebih mewah dari Melayu? Kenapa tak diheboh-hebohkan dengan seheboh-hebohnya?

Di situlah silapnya Melayu. Boleh dikatakan tersilap dalam serba serbi. Kesilapan yang kadang akalanya boleh menguntungkan orang lain.

Tapi Melatyu tetap melayu. Yang tak ada perasaan dengki dan iri hati kepada bangsa lain. Tapi selalunya akan dengki mendengki sesama sendiri.


P/s: Coretan diatas adalah sekadar luahan pandangan dan bukannya perkauman dan bukannya melepaskan kemarahan. Maaf dipinta andai terkasar bahasa. Terima kasih.


10 comments:

RAHISAM RAMLI said...

Salam Mazemie Maz-
Apa ada pada ketuanan
kalau dilanyak kiri dan kanan.
BN dulu kawan kini macam haruan.
Makan didepan dan dibelakang pun dibalun juga.

Sedih..sedihh

naz ilyn said...

Salam...

Kita sebagai bangsa melayu harus memelihara ketuanan melayu itu sendiri...kalau bukan kita siapa lagi...

walau pun bangsa lain seakan tak senang duduk apabila ketuanan melayu diperkatakan...sememangnya mereka tak kurang apa pun.

GB said...

"melayu tak pernah
dengki dgn
bangsa lain
tetapi dengki
sesama melayu"

masam-masam manis:::

:-)

sidra kamar aisa said...

..

suara said...

Salam ziarah...
Melayu yang tak menyaluti dadanya dengan iman, begitulah rentaknya. Hasad dengki menghias diri. Mengait jatuh orang yang tinggi, menghenyek rapat orang yang dibawah. Nauzubillah...

nahmy said...

ceritanya ialah apa sgt yg sibuk dgn ketuanan? klu ketuanan pun tp ketuanan yg kurang kualiti camno? kan ke lebih baik mencari 'ketuhanan'??

Mak Su said...

stujus! kena bagi faham, terang jelas dan nyata, bukan sj utk org melayu, tp utk semua rakyat Malaysia

erisya nor said...

salam mazemie maz,

sejujurnya, erisya tak faham sangat isu ketuanan melayu ni. erisya sendiri tak pernah rasa melayu ni tuan. Sejak kerja, di mana saja erisya lihat/dengar melayu yang ditindas...baik swasta mahupun kerajaan...jadi apa sebenarnya yang ingin dipertahankan? Di negeri erisya tinggal, parti mana yang perintah....sama jer..masih belum (tidak) membela!

Sri Diah said...

Mazmie;
Tahniah. Last week orang Buku Prima bagi tau... novel diulang cetak! Datang Buku Prima, datanglah jumpa saya...

MAZEMIE MAZ said...

Salam Rahisam:
Ketuanan yg termakan tuan...

Pilu dan haru.


naz ilyn:
Salam,

Kita asyik dengan ketuanan Melayu,
tp entah ke mana hala tuju.

Bangsa lain terus menjadi tuan ekonomi.

Mereka bukan kurang apa-apa. malah terlebih sudah. Melayu juga yg asyik terngadah.


GB;
Itulah Melayu.

"Kelat-kelat pahit".


sidra kama aisa;
:-:


suara:
Salam.
Terima kasih sudi ziarah.

Perangai buruk yg amat dilaknat. Nauzubillah.


nahmy:
Sebab tak kualiti, macam2 dah terjadi.
Btul, kena cari ketuhanan, baru aman...


Mak su:
Yg diharap pun teruk. Yang berharap lagi teruk...


Salam Erisya Nor:
Melayu hanya gah apd nama. Tp tak ada apa pun.

Gah itu gah ini. Cuma pd mulut. Sudahnya, tetap kuli juga...


Sri Diah;
Alhamdulillah...

Insya-Allah...