Friday, November 28, 2008

0007 : KENAPA SAYANG & CINTA?

Ketika merawat pesakit-pesakit warga tua, para jururawat di Britain dinasihati tidak menggunakan perkataan 'sayang' atau 'cinta' ketika memanggil pesakit-pesakit tersebut. Kerana panggilan itu dianggap sebagai biadap?

Biadap? Ah, agak pelik bunyinya.

Maka satu garis panduan terbaru bagi jururawat dan petugas perbidanan, menyifatkan sebarang panggilan selain nama sebenar pesakit, tidak harus digunakan lagi.

Pihak berkuasa kesihatan sebaliknya mewajibkan jururawat itu bertutur dengan penuh hormat dan lembut kepada pesakit.

Sikap sebegitu memanglah sepatutnya diamalkan. Apatah lagi para jururawat yang berperanan 'menyembuhkan' pesakit. Tidak benarkah begitu?

Dan berbalik mengenai larangan itu lagi, sebagaimana yang dilaporkan akhbar Daily Telegraph, para jururawat juga dikehendaki memanggil pesakit dengan nama sebenar mereka dan bukannya gelaran seperti sayang atau cinta.

Bagaimanapun, bagi kes-kes tertentu, panggilan 'sayang' atau 'cinta' itu boleh digunakan jika ia menjadi sebahagian cara ditetapkan untuk melayan pesakit tertentu.

Oh, begitu pula? Lagi pelik. Ada masa boleh dan ada kalanya tak boleh?

Ah, undang-undang manusia... apa nak dihairankan kalau biasa berubah-ubah mengikut keadaan dan keperluan dan kepentingan dan kekerabatan. Agaknyalah.

Dan yang paling pelik lagi, kenapa dengan 'sayang' dan 'cinta' itu? Apa yang tidak kena dengan 'dua perkataan' itu sehingga dihukum sedemikaian?

Mungkin mereka saja yang tahu dan ada alasan tertentu.

Maka tertanya-tanya hati kecil hamba, adakah larangan sebegitu sudah terpakai juga di negara kita sejak dulu lagi? Sebabnya, hamba juga tidak pernah terdengar ada di antara mereka yang terlibat dengan pesakit memanggil pesakit mereka dengan panggilan 'sayang' , selain ahli keluarga mereka.

Ah, mungkin hamba tersilap sangka agaknya. Kerana hamba jarang sakit dan dimasukkan ke wad. Kalau hamba tersilap, harap maafkan hamba. Hamba hanya insan biasa.

P/s: Biar kita saling tegur menegur daripasa saling sungkur menyungkur..!

8 comments:

naz ilyn said...

salam...

rasanya di negara kita perkataan sayang atau cinta mungkin diguna pakai untuk pesakit kanak-kanak aje kot...kalau untuk pesakit dewasa oh...mungkin tidak...nanti ramai orang kena sakit hati...

p/s: takut wad penuh dengan pesakit lelaki...hehehe

GB said...

klu mmg hati dah maksudkan
sayang, spontan saja
panggil sayang
kenapa nk kisahkan?

kan abg mazemie maz syg
hohoho...

:-)

tintaHati said...

Tapi jururawat kat Malaysia kasar. Jangan kata nak panggil sayang atau cinta kekadang main sergah aja orang tua2.

azza_irah said...

salam..
bg sy panggilan sayang dan cinta itu menggambarkan kemesraan..namun mgkin tidak kena pada tempatnya juga sikap professional yg hendak dijaga jika digunakan di wad..

tapi dlm konteks lain..ungkapan sayang n cinta adalah satu medium utk eratkan hubungan dengan pasangan atau sesapa saja yg dekat ngn kita..

nahmy said...

assalamualaikum...

kekadang terfikir gak apakah intipati yg ada dlm 'nur muhamad' itu yg ada di hati setiap insan itu?

Kak Zue said...

Assalamualaikum.

Terima kasih sudi singgah di blog saya. Saya rasa cinta dan sayang atau "love" "honey" panggilan yang boleh gunapakai kepada pesakit kanak-kanak. Mungkin itu yang dimaksudkan bila boleh guna dan larangan guna hanya untuk pesakit dewasa.

Mak Su said...

gitu plaks? huhuhuhu, pelik nyer

MAZEMIE MAZ said...

naz_ilyn:
Salam,

Mungkin juga.


GB:
Begitulah agaknya, wahai adik GB sayang ooiii...


tintaHati:
Ramai yg cakap cam tu. Betullah agaknya tu.


azza_irah:
Setuju.


nahmy:
Walkms,
Saya pun terfikir camtu juga.


Kak Zue:
Wlkms,
Terima kasih atas balasan kunjungan.
Iye juga tu.


Mak Su:
Macam2 pelik yg ada...