Thursday, November 27, 2008

0006 : KENAPA NENEK WOOK?

Seorang lelaki bernama Mohd Nor Musa, berusia 37 tahun, memilih Wook Kundur yang berusia 106 tahun sebagai pasangan hidupnya.

Selepas tiga tahun menjalani hidup bersuami isteri, Wook menyatakan dia mempunyai rahsia tersendiri untuk memastikan dunia perkahwinannya dengan Mohd Nor terus bertahan.

Antara rahsianya, kata Wook, dia mengamalkan beberapa perkara untuk membahagiakan suaminya yang lebih muda 69 tahun daripadanya itu. Antaranya nenek Wook sentiasa berfikiran positif, ceria dan mengurut tubuhnya sendiri.

Kata warga emas itu lagi, ketiga-tiga perkara itu membuatkan dirinya sentiasa muda dan mampu melayan suaminya dengan baik. Melayan makan minum dan pakai serta kemahuan suaminya seperti juga wanita-wanita lain.

Sudah tiga tahun mereka hidup bersama. Maknanya, sewaktu Mohd Nor berkahwin dengan nenek Wook, usianya ketika itu ialah 34 tahun dan isterinya pula 103 tahun.

Tentu ramai yang tertanya-tanya, kenapa nenek Wook yang sudah berusia sebegitu yang menjadi pilihan Mohd Nor. Adakah Mohd Nor sudah mengetahui akan kehebatan nenek Wook (walaupun sudah terlanjut usia) lantas dia begitu tertarik dan berminat untuk menjadikan wanita itu teman hidupnya?

Mungkin sebagaimana yang sudah tersurat, itulah jodoh mereka.

Mohd Nor merupakan suami yang ke 22 dan termuda bagi nenek Wook.

Sesungguhnya bagai dikata, adapun jodoh pertemuan itu Tuhan yang menentukan. Manusia sekadar mampu merancang dan berusaha.

Apa pun, semoga berbahagia dan berkekalan jodoh Mohd Nor dan nenek Wook. Insya-Allah.

6 comments:

gadisbintang said...

begitulah kehidupan..
setiap detik ada saja
persoalan
kenapa begitu kenapa begini
jawapan?

tunggu saintis ke bintang

:-)

RAHISAM RAMLI said...

Salam perkenalan. Banyak perkara di dunia ni yang sukar untuk difahami dengan akal yang cetek. Agamalah tempat pemutusnya. Jodoh ditentukan Allah. Doakan mereka bahagia.
Saya link blog saudari.

ku tak sempurna said...

kena minta petua dari nenek wook ni :D

-salam perkenalan juga -

azza_irah said...

hati manusia mmg berbeza..
begitu juga kehendak dan keperluan..

yg ditentukan adalah yg selayaknya kita dapat..

Tirana said...

Percaturan Allah ke atas manusia kadang-kadang terlalu sukar untuk dimengertikan.Mungkin pada kita pelik bagaimana seorang pemuda mengahwini seorang nenek yang telah lanjut usia tapi pada Allah, ada hikmah dan rahsianya.

P/S Salam kenal. Terimakasih kerana mengunjungi blog saya dan meninggalkan komen di sana.

MAZEMIE MAZ said...

gadisbintang:
Sesungguhnya hidup ini penuh dengan persoalan yang tidak terjawab atau terkabur jawapannya.


Rahisam Ramli:
Salam perkenalan.
Sesungguhnya akal yg cetek mengundang banyak kehuru-haraan dan kebimbangan ramai. Apatah lagi mereka yg tugasnya berkaitan dgn masyarakat.

Saya juga link blog sdr.

Terima kasih.


ku tak sempurna:
Petua yg baik apa salahnya diamalkan ek..?

Salam perkenalan.


azza_irah:
Ya, keinginan berbeza-beza. Lain orang lain idamnya, ya tak?


Tirana:
Ya, apa yg berlaku ada hikmah dan rahmatnya. Hanya Allah yg lebih mengetahui.

terima kasih.