Monday, December 22, 2008

0012 : KENAPA PELAJAR TAJAAN?

Para pelajar atau yang bergelar kepakaran
mendapat biasiswa atau tajaan kerajaan
yang berada di seberang laut dan habis pengajian
tak kiralah apa saja bidang pengajian
kenalah pulang ke tanah air mencurahkan perkhidmatan
sebab tenaga dan kepakaran anda amat diperlukan.

Kalau belajar guna duit kerajaan dan tajaan
pulanglah berkhidmat dengan kerajaan
jangan berlagak seperti kekacang
lupakan kulit yang pernah bersalut di badan
lainlah kalau guna sendiri punya wang
tak kisahlah kalau nak berlagak sakan
tak ada sesiapa nak peduli atau hairan.

Tapi kalau dah pakai duit pinjam
kenalah ingat dan sendiri mahu faham
jangan buat mata sebelah terpejam
buat kena kutuk dan kena kecam
jangan ibarat tak ada apa-apa tapi nak melaram
sekali lagi diingatkan supaya belajarlah kena faham.

Kerajaan pun nak kena prihatin juga
jangan buat tak kisah dan sambil lewa
yang degil dan berlagak itu patut didakwa
jangan sampai dibiarkan cacing naik ke mata
sudahlah susu yang diberi dibalasnya tuba
perangai sebegini tak boleh dibiarkan berleluasa
biar dia sedar dia belajar tinggi guna duit siapa.

Kita hidup berlandaskan maruah dan nama
orang memberi kita juga yang merasa
kalau orang berbakti kepada kita
sepatutnya kita pula kena tahu membalas jasa
dan jangan pula kita buat-buat lupa
dan buat macam tak ada apa-apa pula.

Jangan sangat difikir soal gaji semata-mata
sudah belajar tinggi dengan adanya biasiswa
sepatutnya tahulah bersyukur pula
kena sedar apa kelebihan dan kekurangan kita
jangan mudah lupa diri dan siapa asal kita
dan janganlah ingat nak pakai pukul rata saja.

Kalau sebelumnya kita mengharapkan belas kasihan orang
sebab tak ada duit nak belajar jauh ke seberang
bila sudah berjaya jangan jadi seperti kacang
nanti kita pula akan dibenci dan dimarahi orang.

Saling sedar menyedar banyak faedahnya
sebab kita bukan saja mencari yang berguna
malah kita juga memerlukan sesuatu yang berharga
demi kebaikan dan kemuliaan kita bersama.

______________________________________________________

Nota:

Terima kasih Ieda, Ryana, Mawarni, Shaifa, Radh, Shirma, Myuni dan Marla kerana kiriman e-mel serta sudi memberi sokongan dan komen mengenai novel 'KENANGAN SEMALAM'.

Terima kasih sekali lagi kepada anda semua..!!

'SALAM MEMBACA BUAT SEMUA..!!'

______________________________________________________



8 comments:

RAHISAM RAMLI said...

Salam Saudara Mazemie-pelajar tajaan tahu dan sedar kerajaan (duit rakyat) yang tanggung mereka. Tetapi mereka ni lupa diri seolah-olah menjadi insan terpilih kerana kepandaian mereka berbanding kebodohan pelajar lain. Jatidiri? Usah cakap le pasal jatidiri, semuanya kerana MONEY,MONEY n MONEY.Maaf la terkasau bahasa.

erisya nor said...

salaam MM,

sayang kepakaran tidak ditabur di negara sendiri :( ramai yang enggan pulang kerna gaji di sana lebih lumayan)

ku tak sempurna said...

mungkin kerajaan patut kaji balik tangga gaji di sini..
bygkan, permulaan gaji doktor kerajaan hanyalah RM1500.00.. tak berpatutan.. dahlah ada 'on-call'... kena standby...
bukanlah mereka demand, tapi biarlah patut2..
dan bagi yg dah pakar di luar sana.. dah byk kumpul duit, pulan2 lah ke negara sendiri.. tabur bakti..

just my 2cents

Maryam Abu Ahmad said...

pinjaman saya tak lepas sara hidup di kampus, apalagi biaya buku dan fotostat... last2 fama juga..

Muhammad Azli Shukri said...

nasihat yang sangat berguna

Mak Su said...

tengok tengok
pandang pandang
perati perati
timbang timbang

nahmy said...

ada benarnya tu. paling tidak pulanglah berkhidmat dgn jangkawaktu yg cukup utk 'cover' pinjaman/biasiswa yg diberi tu. pastu nak cari 'jalan sendiri'...carilah. hidup salah satunya adalah ttg membuat pilihan...maka pilihlah!!..wallahualam

MAZEMIE MAZ said...

Salam Tuan Rahisam;
Bukan setakat tak ada jati diri, tapi mereka tak sedar diri. Tak tahu nak kenang budi orang. Adakah mereka itu bekerja mendapat rezeki yang halal?


Salam erisya nor;
Mereka lebih fikir diri sendiri, tanpa memikir tangan yang memberi. Akan sempurnakah rezeki diperolehi?


ku tak sempurna;
walaupun gaji permulaan agak kecil berbanding dgn kelulusan mereka, tapi kenalah ingat asal usul. Sebenarnya banyak kelebihan lain (wang) yang mereka peroleh. Lebih-lebih lagi dgn gaji baru.


Maryam;
kena sesuaikan dgn kemampuan.


Muhammad Azli Shukri;
Sekadar saling ingat mengingati.


Mak Su;
Sedar sedar
insaf insaf
ketuk ketuk dahi
tanya diri.


nahmy;
tepuk dada tanya akal.