Friday, December 5, 2008

KENAPA MELAYU?

Kenapa dengan Melayu hari ni?
Nampaknya dah macam serba tak kena di sana sini.

Itu bagi yang sedar dan tersedar
bukan sekadar berhingar bingar.

Melayu pertahankan hak Melayu di katakan perkauman.
Bukan Melayu pertikaikan hak Melayu, lantang suara Melayu jarang kedengaran.

Melayu cadangkan sekolah satu aliran, didakwa perkauman.
Bukan Melayu yang lancang membantah, tidak pula dituduh sedemikian.

Kenapa dengan Melayu?
Tepuk kepala sebelum layu
sambil tanya akal satu persatu.

Ke mana Melayu selepas ini?
Adakah akan terus berpijak di bumi sendiri
yang penuh dengan duri-duri?

Siapakah yang taburkan duri-duri di bumi sendiri?
Adakah Melayu yang kononnya ada kepentingan diri
yang kemudiannya memakan diri?

Dan Melayu tanyalah hati
selagi jiwa belum betul-betul mati
dan sesudah jiwa itu termati
di manakah nanti ia akan bersemadi?

4 comments:

naz ilyn said...

salam...

adakah melayu mudah lupa
atau mereka yang mengada-ngada
kasi betis nak peha
mahukan hak sama rata
apa yang kita ada... apa yang mereka rasa
masih ada ker yang tak kena
atau kita sendiri yang masih terlena

p/s: hidup perlu diteruskan... hak perlu diperjuangkan... bangsa lain tetap terpelihara...

Sue Sham said...

melayu tetap melayu
yang kaya bertambah kaya
miskin lagi tak terjaga
melayu sekadar satu bangsa
tapi ada melayu lain agama

u/p:gunakanlah bahasa
kebangsaan kita

:-)

erisya nor said...

MM, hanya melayu tertentu ajer yang kaya-raya...masih ramai yang terpinggir...sedih memanglah sedih..tapi malangnya bila di atas, tak ramai yang sedar diri...masih sanggup menindas kaum sendiri!

MAZEMIE MAZ said...

naz ilyn:
Melayu masih terleka dan terlena...
bisalah...selagi tak terhantuk baru nak terngadah...


GB:
melayu tetap melayu, serba tak kena dan terlayuuuu...


erisya nor;
adakah kerana melayu menyebabkan melayu bermasalah...? renungkanlah...