Monday, December 15, 2008

0011 : KENAPA SILAP?

Sesuatu kesilapan
sama ada dalam percaturan, perhitungan atau tindakan
sekali gus dalam apa cara sekalipun perbuatan
pastinya padah yang kedapatan
dan selalunya tiada kesilapan yang menghasilkan keuntungan.

Kesilapan percaturan politik
mengundangkan kekalahan dan boleh jadi polemik.

Kesilapan perhitungan soal perkauman
boleh mendatangkan ketegangan.

Kesilapan tindakan soal pendidikan
sukar menghasilkan manusia berilmuan.


Pendek kata, tersilap dalam apa saja perbuatan dan tindakan,
selalunya bencana atau masalah menjadi tanggungan.

Akibatnya, bukan saja harta benda yang hilang,
malah mungkin nyawa juga turut melayang.

Cuma dalam setiap apa saja kesilapan,
padahnya sama ada lambat atau cepat pasti menjadi susulan.

Sesungguhnya, membuat keputusan atau tindakan
memerlukan akal atau tangan-tangan berkepakaran
kerana ia bukan sesuatu yang bersebarangan
tapi memerlukan kemahiran dan ketelitian.

Kalau direnung-renungkan
kita terlalu banyak berhadapan
dengan apa saja percaturan, keputusan dan tindakan
yang dibuat oleh pihak-pihak berkenaan
selalunya mendatangkan masalah di hari kemudian
sama ada sementara atau berpanjangan
yang menyebabkan orang awam mengeluh tak berkesudahan
atau menderita tanpa hujung perjalanan
geram dan keluh kesah dalam kemarahan
disebabkan lambat atau tiadanya jalan penyelesaian
tak semena-mena terkumpul akan dosa murahan.

Persoalannya;

Dimanakah nilai kemanusiaan?
Di mananakah nilai pengertian?
Di manakah nilai keprihatianan?
Di manakah nilai keamanahan?
Di manakah akal kewarasan?

Namun dalam kita mencari-cari kebenaran
kesilapan tetap jua berterusan
padahnya sering bertimpa-timpaan!
_____________________________________________________

Nota: Terima kasih buat Emma, Lina, Syah, Dorin, Shida, Liyana dan Mars kerana sudi melayangkan e-mel dengan menghulurkan sokongan serta menggarapkan titipan pandangan dan buah fikiran masing-masing mengenai novel 'KENANGAN SEMALAM'.

Terima kasih sekali lagi buat anda semua, kerana menjadikan novel 'KENANGAN SEMALAM' sebagai bahan tatapan mengisi ruang kelapangan.

'SALAM MEMBACA BUAT SEMUA!'

11 comments:

RAHISAM RAMLI said...

Salam Mazemie-Bukankah silap memang ujian kepada manusia sebagai pengajaran. Silap juga adakala menghiburkan, tetapi selalunya menyedihkan dengan tragedi.

erisya nor said...

salaams mazemie maz...
silap yang disengajakan dan juga silap yang tak sengaja...kedua2nya membawa padah yang sama jika terus ralit dan leka

naz ilyn said...

Salam...

selagi kita begelar insan
selagi itu serakah terkedapan
ilmuan dan tangan-tangan berpakaran
sentiasa tewas degan segala tuntutan
mengapa tiada ketelusan
mengapa tiada kejujuran
oh... bukankah itu mainan pihak-pihak berkenaan
tapi siapa yang menjadi tanggungan
kita kita kita yang menadah segala akibat kesilapan...

Anonymous said...

Fitrah menusia melanggar pembahagi jalan yg telah disediakan...untuk mencari jalan mudah dan megikut kehendak sendiri..Tapi, percayalah everything happen for a reason..

Salam persaudaraan dari saya di selatan...

Tirana said...

Percubaan pertama kali mungkin boleh kita namakan kesilapan..tapi kalau kesilapan yang sama dilakukan berulangkali, bolehkah kita namakan dia kesilapan?

Mak Su said...

di mana? di mana?

MAZEMIE MAZ said...

Rahisam:
Salam,

Silap yang melucukan
dan menghiburkan
tiada apa-apaan.

Silap yg membawa kecelakaan
atau sebarang kerosakan
sengsaranya memberi kesan
terasa berpanjangan.


erisya nor:
Salam.
Tiada kesilapan yg membawa keuntungan
atau sebarang kebaikan.

Leka, ralit lalai atau apa saja yg berkaitan dengannya, itulah puncanya.


naz ilyn:
Salam.

Ada kalanya ilmuan mampu ditewaskan dgn kebendaan.

Mata kelabu,
hati keliru,
kehendak menggaru,
terus jadi haru biru.


arryani:
Kita selalu terbabas
dek pemanduan akal tak cerdas,
cepat dan mudah lemas,
dek keimanan tiada asas.


Tirana:
Tak sengaja itu kesilapan.
Jika kerap tak sengaja itu kelalaian.


Mak Su:
Apanya di mana?
Entah di mana-mana agaknya.

KTS said...

manusia akan belajar dari kesilapan... tetapi jika berulangkali melakukan kesilapan, dan masih tak belajar darinya, layakkah digelar manusia??

tintaHati said...

Tapi, kesilapan juga mengajar kita supaya beringat-ingat di masa depan. Cuma silapnya kalau kesilapan yang sama dibuat berulang-ulang.

ryann said...

silap sentiasa benarnya tak jumpa

MAZEMIE MAZ said...

ku tak sempurna:
kesilapan berterusan bermakna tiada keprihatinan & komitmen.


tintaHati;
sekali kesilapan adalah pengajaran.
selalu kesilapan tanda tak belajar dari kebenaran.


ryann;
silap sentiasa,
diri kurang sempurna.