Wednesday, November 26, 2008

0005 : KENAPA YOGA?

YOGA. Fatwa pengharamannya bagi umat Islam telah menimbulkan pro dan kontra. Badan-badan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam yang begitu lantang membantah.

Kata mereka, yoga yang juga dikenali sebagai senaman yang menggabungkan pergerakan fizikal dan pernafasan itu tiada kaitan dengan agama.

Begitu juga dengan umat Islam sendiri. Ramai juga yang agak terkilan dengan fatwa itu. Kata mereka, ia sekadar senaman biasa juga. Tapi ada sedikit kelebihan bagi pengamal-pengamalnya. Kerana ia mampu memulihkan penyakit-penyakit tertentu.

Aku juga ada terdengar ungkapan-ungkapan berbaur sinis sewaktu beberapa orang sedang bersarapan di sebuah warung di tempatku.

Mereka juga senada dengan pengamal-pengamal lain senaman itu, yang tidak begitu senang dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Apalah salahnya dengan yoga. Kebanyakan orang Islam yang mengamalkan senaman itu biasanya diajar oleh orang Islam juga. Tak ada doa, tak ada apa-apa mentera pun. Cuma pelakunya perlukan tumpuan dan perhatian ketika beryoga. Di mana salahnya?" ujar seorang antara mereka.

"Aku pun nampak macam tu juga. Malah tak ada pun yang sehingga terpesong akidah mereka disebabkan senaman itu..!" celah rakannya pula.

Aku sekadar memasang telinga sambil menjamah sarapan.

Pendek kata, mereka semakin keliru dan mencelarukan. Selagi banyak yang berkata begitu dan begini, maka semakin keliru dan mencelarukan lagi nantinya.

Mereka yang berada di dalam Majlis Fatwa itu adalah pakar-pakar dalam bidang Islam yang tahu akan tanggungjawab mereka. Mereka telah membuat fatwa. Kita sebagai umat Islam, sepatutnya mengikut sahaja.

Sebagai alternatif, bukankah ada banyak senaman lain yang boleh diamalkan. Atau pilih saja beberapa pergerakan dalam silat yang boleh diangkat sebagai senaman atau pergerakan fizikal serta pernafasan yang boleh diamalkan.

Apa perlunya untuk kita terus berkontroversi dengan sesuatu yang boleh menimbulkan keraguan, lebih-lebih lagi yang melibatkan akidah. Apatah lagi setelah ia diharamkan.

Renung-renungkanlah...

9 comments:

Brahim Nyior said...

Tuan,

Saya juga senada dengan Mufti Perlis, setuju tetapi perlu diberi alternatif kepada umat Islam. Lagipun, yoga yang tak bersalahan dengan syariat masih dibenarkan.

Bagaimana pula dengan tepung tawar, bersanding dan adat Hindu lain yang kita warisi sejak zaman kerajaan Melayu Hindu seperti Langkasuka dan Gangga Negara? Ia juga patut ditegaskan..

Ada amalan yoga yang bertentangan dengan Islam, itu tak dapat dinafikan. Tapi, senaman dari segi fizikal dan sesuai, masih boleh diteruskan.

erisya nor said...

salam kenal,

terima kasih kerana sudi singgah ke taman saya...tak sangka saudara adalah penulis puisi yang saya suka dalam berita harian baru ni!

Mak Su said...

dalam Islam/cara Melayu pun banyak kaedah2 senaman yang memerlukan penumpuan pemerhatian dan tumpuan pernafasan, tapi kita sendiri tak mahu pelajari :)

Mak Su said...

oh... saya baru perasan anda penulis novel dan puisi (?), sungguh saya buta berita :(

boleh tolong lawati saya di jamilahyangayu.blogspot juger?

Unknown said...

seakan pengharaman terlalu tergesa2. apa yang aku mahu ungkapkan, nampak jelas disini bahwa umat Islam di Malaysia berpecah-belah, berbeza pendapat dan pandangan, waima ia menyangkut soal akidah.

malahan kita meletakkan kepercayaan yang tinggi pada majlis fatwa, majlis ulama, dan majlis raja2, apa yang membingungkan mereka ini juga tidak bersatu dan tiada kesepakatan dalam menetukan sebarang 'qoror'

IRA said...

Betul. Lebih baik kita membiarkan keputusan ini dibuat oleh golongan yang lebih arif.

Tapi, spt yang sdr Brahimnyior katakan, banyak lagi adat resam dan budaya masyarakat Melayu yang meniru bangsa dan agama lain.Wajar diteliti juga.

Kalau silat disamakan dengan budaya Melayu dan tidak bersalahan dengan Islam...hmmm perlu dikaji semula kot.Ada silat yang bernafaskan bermacam2 jenis mentera dan ritual...

err, saya cuma memberi pandangan.

=)

Hartini Omar said...

dan cerdik2 pandai islam itu, mereka telah berijtihad. lalu pada mereka diberi dua ganjaran pahala. pahala ijtihad, dan pahala jika apa yg diijtihad itu benar

dan pada kita2 ini hanya ada prasangka. sangka2 yg banyaknya adalah dosa. maka molek jika kita mengikut saja ijtihad mereka.. daripada bersangka2 dan terus meneka2..

terima kasih

Maryam said...

yoga, awal2 saya lihat di media, saya ternampak-nampak lukisan-lukisan patung budha dalam komik hongkong. :)
walaupun ada kawan recommend buat [katanya menenangkan], saya tak pernah nak ikut kerana bayangan patung budha tu kuat betul dalam fikiran.

pada saya, nak bertenang, lihatlah alam.

MAZEMIE MAZ said...

Brahimnyior:
Saya pun macam saudara, senada dengan pandangan Mufti Perlis.

Masih ada perkara-perkara lain yg diamalkan masyarakat Melayu yang berkaitan adat hindu. Tapi tak melibatkan sebarang bentuk mentera. Kalau tak melibatkan mentera, mungkin ia tak melibatkan akidah. Bagaimanapun itu wajar diteliti juga.


erisya nor;
Salam kenal.

Terima kasih. Saya link blog anda ya?


Mak Su:
Saya setuju. Kita selalu suka utamakan hak orang lain dari hak sendiri. Biasalah.

Saya suka kedua2 blog anda. Saya link ya?


Pendekar:
Ada juga kebenarannya kata saudara itu.


Ira:
Kalau nak diikutkan, di malaysia ni, banyak benda yang berkaitan dengan Islam dan akidah perlu dikaji dan diteliti semula oleh pihak2 yang bertanggungjawab.


Hartini Omar:
Fatwa yang diberikan mengenai sesuatu masalah, mestilah berlandaskan ilmu pengetahuan yang berkaitan. Kerana ia dibimbangi akan berlakunya penyelewengan dalam hukum syarak.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Sesiapa yang memberi fatwa dengan tidak berdasarkan ilmu, akan dilaknati oleh Malaikat langit dan bumi."


Maryam Abu Ahmad:
Anda bertindak bijak. Jika sesuatu itu meragukan, kenapa harus kita lakukan ia sedangkan kita sentiasa dalam keraguan yang berterusan. Seharusnya akal mengatasi segalanya.