Tuesday, November 25, 2008

0004 : KENAPA NEGATIF?

Baru-baru ini sebuah syarikat pengendali lebuh raya bercadang mengurangkan bayaran tol 10 peratus kepada para pengguna yang melalui beberapa lebuh raya kendaliannya.

Tetapi ada yang pro dan kontra tentang cadangan itu, kerana syarikat itu hanya mengehadkan waktu tertentu sahaja, iaitu dari pukul 12 tengah malam hingga 7 pagi.

Rasional waktu yang ditetapkan oleh pihak pengendali lebuh raya ialah untuk mengelak kesesakan pada waktu puncak, seperti yang dialami kebanyakan lebuh raya ketika ini.

Bagi mereka yang tidak setuju, alasan mereka bahawa waktu itu tidak sesuai. Waktu seperti itu akan mendorong ke arah kemalangan di lebuh raya. Kononnya disebabkan ia adalah waktu tengah malam hingga ke awal pagi, boleh menjadi punca kemalangan kerana ramai para pengguna akan menggunakan lebuh raya. Mereka ditukarkan waktu pada siang hari, agar akan kuranglah kemalangan.

Itu satu bab. Satu bab lagi, iaitu sebelum ini, pemerintah sebuah negeri di Semenanjung bercadang memberikan air percuma pada kadar tertentu kepada seluruh rakyat negerinya, sebagai membalas jasa rakyat yang memilih parti mereka sebagai pemerintah negeri itu.

Cadangan itu pun ada bermacam-macam penerimaanya. Ada yang kata akan berlaku pembaziran. Pembaziran disebabkan air itu diberi percuma.

Persoalannya, kenapa ada antara kita yang bersikap negatif dengan situasi sebegitu? Kenapa kita tidak boleh menerimanya dengan hati terbuka?

Terfikir juga, adakah para pengguna di negara kita ini akan menerima setiap kemudahan itu secara negatif? Mentang-mentanglah lebuh raya itu kurang 10 peratus pada waktu tertentu itu, kita sebagai pengguna akan menggunakan sepenuh waktu itu tanpa mengira keselamatan diri?

Dan adakah kerana diberikan air percuma, para pengguna begitu daif pemikirannya, lalu menggunakan air itu dengan sewenang-wenangnya hingga berlakunaya pembaziran?

Begitukah sikap dan perangai kita?

Kalaupun ada yang bersikap sebegitu, seharusnya perlulah berubah.

Terimalah sesuatu yang baik untuk kita itu dengan pemikiran positif. Dan gunakalah juga ia dengan cara positif.

4 comments:

Sue Sham said...

sifat ni penyakit berjangkit
klu ada pd semua jiwa yg hidup
jadi tak hairanlah klu ianya
membiak...kena cari racun
yg sesuai
apa ye?

:-)

Brahim Nyior said...

Salam,

Tuan sangat saya kagumi sejak di bangku sekolah, ketika saya bertemankan majalah Gila-gila.

Unsur satira dan lucu dalam penulisan tuan tak pernah saya tinggalkan.

Sedikit sebanyak mempengaruhi jiwa kanak-kanak saya, sehingga dewasa dan menjadi guru.

Terima kasih. Saya telah link blog tuan dan Follower saya. Ini bermakna saya akan sentiasa membaca entry terkini tuan.

Moga rahmat Allah bersama tuan selam-lamanya. Insya Allah.

IRA said...

Mungkin kerana berdebat dengan nada yang negatif lebih mengujakan.

Tapi, daripada tak ada pengurangan langsung, baik ada walaupun sedikit, kan?

Seharusnya kita tersenyum sambil berterima kasih.

=)

MAZEMIE MAZ said...

gadisbintang:
Kena pupus dan lupuskan.


Brahimnyior:
Salam,
Terima kasih dan terima kasih buat tuan kerana menghargai tulisan saya.

Saya juga akan link blog tuan.

Semoga rahmat Allah sentiasa bersama tuan juga. Terima kasih.


IRA:
Bersyukurlah dengan apa yang kita dapat.