Kaulah permata berharga
bertarung nyawa serta derita dan seksa
mengandung dan melahirkan anak-anak di dunia
dengan terpelihara adat dan susila.
Kau sentiasa berupaya
tiada pernah mengaku derita
di jiwamu berbunga ikhlas dan redha
tempat bermanja dan pengubat nestapa.
Kau tidak pernah meminta-minta
untuk dibalas pengorbanan dan jasa
kasihmu tercurah mewangi semesta
tak terbanding dengan apa jua segala.
Sekalung hormat tersemat
segunung kasih terikat erat
kaulah insan keramat
anugerah Allah yang terhebat.
4 comments:
selamat hari ibu. ibu - 'permata' yg terlalu amat bernilai yg tiada galang-gantinya.
Tetap satu di antara berjuta
>>>selamat hari ibu setiap saat<<<
selamat hari isnin.
Salam.
3 benda apabila kita lihat saja sudah dapat pahala. Lihat kaabah, lihat al-qur'an dan lihat wajah ibu.
Post a Comment