Monday, April 6, 2009

KEMBALI KE SEBELUM ITU

Semalam
ia mengintai lalu
dan singgah di mata nafsuku
aku menjadi keliru
aku menjadi buntu
aku tak menentu.

Hari ini
Dia menyapa seru
dan singgah di mata akalku
aku menjadi malu
aku menjadi terharu
kembali mengenali diriku
seperti sebelum itu.

1 comment:

naz ilyn said...

salam...
dari mengintai lalu
kemudian singgah bertemu
lalu menyapa seru
mengapa keliru...
bukankah itu yang kau mahu
tanya sama hati...
semalam hari ini harap kembali lagi...