Friday, April 17, 2009

KERUNTUHAN MORAL PELAJAR

Keruntuhan moral pelajar amat membimbangkan. Penglibatan pelajar dengan kes-kes jenayah juga amat merisaukan.

Bagaikan tidak ada jalan penyelesaian. Situasi buruk itu terus juga berlaku. Sama ada diketahui dengan pendedahan media atau yang tidak diketahui umum.

Penglibatan badan-badan atau agensi-agensi tertentu amat diperlukan untuk menyedarkan para pelajar supaya tidak terlibat dengan jenayah yang boleh merosakkan masa depan mereka.

Selain polis yang dikatakan kerap juga mendekati para pelajar, pejabat agama, Majlis Peguam, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan lain-lain yang bersesuaian, seharusnya meluangkan masa mereka mendekati para pelajar di sekolah-sekolah dengan memberikan ceramah yang berkaitan bidang masing-masing.

Wakil pejabat agama misalnya boleh menginsafkan para pelajar berdasarkan keagamaan, manakala majlis peguam pula menyedarkan pelajar yang terlibat dengan jenayah tentang hukuman yang sedia menanti di samping perbelajaan yang diperlukan untuk menyediakan khidmat peguam untuk membela mereka dalam kes-kes tertentu.

Semoga ia tidak mendatangkan masalah kepada agensi-agensi terbabit, yang seharusnya boleh menyumbangkan khidmat sosial mereka secara sukarela dan berterusan, bukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam.

2 comments:

abah aman said...

Salam Mie.
Demo kenal kawe lagi tak? Demo jangan dok bicara soal keruntuhan moral pelajar sahaja. Keruntuhan moral bapak pelajar pun kena bincang jugak weh! Lagi serius!

MAZEMIE MAZ said...

abah aman;

Salam,

Keruntuhan moral pelajar adalah antara puncanya disebabkan keruntuhan moral bapak pelajar. Antara keruntuhan moral bapak pelajar sebab keruntuhan moral atuk pelajar.

Sebab2 lain keruntuhan moral bapak pelajar ialah kerana tak ada asas agama, agama cuma pada nama, kemiskinan hidup, duit tak pernah cukup, anak terlalu ramai, bini minta itu ini yg tak sepadan dengan kemampuan suami, duit terlalu terlebih, terkaya termengejut, dapat rezeki tak halal banyak sangat, terhingin nak nikoh satu lagi... ha ha ha ha ha.....

*wahai sahabat lamaku yg kurindui... berbesar hati sungguh kawe terima emel demo...
e-mel demo kawe dah jawab. kawe sertakan sekali no fon kawe. harap hubungi kawe seberapa segera ...