Saturday, January 3, 2009

0014 : KENAPA ISLAM?

Malang ISLAM yang mulia
umatnya dicaci dicela
kesuciannya dikeji dinoda
keagungan Nabi diperlekeh dipersenda
dimanakah silapnya?

Kemuliaan Islam tak dihormati
kebaikan Islam disalaherti
kemurniaan Islam tak dimanfaati.

Adakah kerana umat Islam sendiri
yang tak tahu menghargai
agama suci anugerah Ilahi?

Islam dipandang buruk tak lagi indah
adakah kerana sesama Islam sering bertelagah
sukar bersatu dengan mudah
sesama sendiri sering bercanggah
islam yang mudah lagi dipermudah
kerana berkepentingan sanggup Islam disanggah?

Adakah kerana gilakan kuasa
islam sanggup dijaja?

Adakah kerana berkepentingan peribadi
islam menjadi galang ganti?

Adakah kerana kepentingan duniawi
islam sanggup dicagari?

Apakah kesudahannya nanti
jika Islam sendiri tak menginsafi
jika Islam sendiri tak sedar diri
akhirnya Islam juga yang rugi.

Maka fikir-fikirlah berkali-kali
dengan akal bijak bestari
dianugerahkan Ilahi.

9 comments:

RAHISAM RAMLI said...

Salam saudara Mazemie-puisi yang indah tetapi pedas..

nahmy said...

jadi, adakah musuh islam yg menzalimi islam yg perlu disalahkan? sedangkan itu mmg dah sifat mereka...atau umat islam yg tak melindungi islam sendiri yg perlu dipersalahkan.

erisya nor said...

umat Islam tidak lagi menghormati agama sendiri....sebab tuh orang bukan Islam berani ...mereka tahu, tiada siapa kanpeduli...

KTS said...

umat Islam sudah pentingkan diri sendiri...
tak mahu menolong sesama saudara...

itu yg ada tertindas...

Tie said...

Satu pengajaran buat kita, tapi sedarkah kita?

Mak Su said...

sebagai org islam, kita jgn malu menjadi islam

MAZEMIE MAZ said...

Tuan Rahisam:
Terima kasih.

nahmy:
kerana umat islam sendiri,
menjadikan islam itu dibenci.. (?)


erisya nor:
Ada kebenarannya.


ku tak sempurna:
Juga ada kebenarannya.


Tie:
Kita selalunya jarang sedar.
Bila tersedar segalanya sudah tercagar.


Mak Su:
Ada org Islam malu hidup cara Islam (?).

MAZEMIE MAZ said...

Tuan Rahisam:
Terima kasih.

nahmy:
kerana umat islam sendiri,
menjadikan islam itu dibenci.. (?)


erisya nor:
Ada kebenarannya.


ku tak sempurna:
Juga ada kebenarannya.


Tie:
Kita selalunya jarang sedar.
Bila tersedar segalanya sudah tercagar.


Mak Su:
Ada org Islam malu hidup cara Islam (?).

Sue Sham said...

ISLAM.
I=INDAH
S=SELAMAT
L=LUHUR
A=AMAN
M=MAKMUR

ALLAHU..