Saturday, January 10, 2009

0015 : KENAPA KUASA?

Yang berkuasa terus berkuasa
tanpa hiraukan suara dunia.

Yang berkuasa terus mengganas
tanpa menunjukkan rasa belas.

Yang berkuasa sengaja mencipta helah
tanpa pedulikan segala masalah.

Yang berkuasa terus menggila
dengan mengenepikan harganya nyawa.

Yang berkuasa terus bermaharajalela
dengan kejam membunuh sesuka.

Yang berkuasa terus bertindak membuta
dengan angkuh mendabik dada.

Yang berkuasa semakin tunjukkan kuasa
biarpun ramai yang menjadi mangsa.

Yang berkuasa menindas yang lemah
tranpa sedikitpun rasa bersalah.

Yang berkuasa semakin menjadi-jadi
demi tersembunyi kepentingan diri.

Yang berkuasa pentingkan kuasa
yang malang menanggung sengsara.

Yang berkuasa mengundangkan bala
sungguh keji dan terhina.

Yang berkuasa membunuh yang malang
kuasa dunia tak mampu menghalang.

Yang berkuasa terus mencipta bencana
sampai bila nak amannya dunia?

Yang berkuasa mengundangkan celaka
Doakan durjana menimpa mereka!






6 comments:

erisya nor said...

tahniah MM...semalam baca cerpen dan puisi :)

Tie said...

Yang menyalahguna kuasa tu akan hancur oleh doa2 yang teraniaya...

RAHISAM RAMLI said...

Salam saudara Mazemie-sinis tetapi itulah realitinya umat Islam masa kini.

IRA said...

yang berkuasa itu juga seolah2 tidak mempunyai hati,
kalaupun ada hati...hatinya telah lama mati.

MAZEMIE MAZ said...

erisya:
Terima kasih.

Tie:
Begitulah hendaknya.

Tuan Rahisam;
Sering menjadi bahan lekehan agama lain. Tentunya ada kerlemahan di mana-mana.

(Saya terbaca tulisan Tuan Rahisam dlm MM semalam. Tahniah).

IRA:
Kalau yg berkuasa tak punyai hati, yg jadi mangsa hanya menunggu 'mati'.

*GB* said...

Andai aku punyai kuasa
cuma satu negara di dunia ini

Allahu..