Monday, January 19, 2009

0016 KENAPA KALAH?

Kalah kerana lemah
kalah kerana sokong membawa rebah.

Kalah kerana maklumat tak sampai
kalah kerana tanggungjawab diabai.

Kalah kerana orang tak percaya
kalah kerana orang tak suka.

Kalah kerana kemampuan diri tak kuat
kalah kerana kemampuan lawan lebih hebat.

Kalah kerana berbeza ideologi
kalah kerana strategi dah basi.

Kalah kerana orang benci
kalah kerana diri tak disukai.

Kalah kerana masalah dalaman
kalah kerana gunting dalam lipatan.

Kalah kerana tak dapat kepercayaan
kalah kerana tak mampu raih rayuan.

Kalah kerana tagihan tak bersahut
kalah kerana musuh dalam selimut.

Kalah kerana tak terpilih
kalah kerana orang yang memilih tahu apa yang dipilih.

Kalah kerana ada yang marah
kalah kerana tak percayakan sejarah.

Kalah kerana tak mampu menangkis tohmahan
kalah kerana sokongan tiada kekuatan.

<:AtomicElement>Kalah kerana tak mampu mencapai kemenangan
<:AtomicElement>kalah kerana tiada yang memberi sokongan.
<:AtomicElement>
Kalah kerana silap strategi
kalah perlu lagi bermuhasabah diri.

8 comments:

Tie said...

Hi hi...dah kalah tapi still tak nak mengalah!!

naz ilyn said...

salam...

lama tak singgah ke sini...

kalah kerana salah pilih calon
kalah kerana nampak macam berlakon

RAHISAM RAMLI said...

Salam Saudara Mazemie.
Kalah lagi..adakah kerana dosa dan pengajaran berguna kepada UMNO? Moga ada kisah yang baik untuk diingati.

nahmy said...

alaaa...biasale tuh. kalau dah tak menang maka kalah le. ni bukan cam main bola boleh seri-seri...

Brahim Nyior said...

Kalah perlu muhasabah
Bukan memberi seribu alasan

Kalah tanda kita salah
Kalau salah, betulkan mana yang khilaf.

Posting ni agak umum, ada kaitan dengan pilihan raya kecil KT ke?

hehehehe, tuan tak minat politik?

Sekali sekala, masukkan juga isu politik ni. Suka saya membacanya.

KTS said...

kalah sebab semua dah lelah dengan segala helah...

:)

fazemy said...

Kalah sbb da tiba masanya...hu. salam ziarah.

MAZEMIE MAZ said...

Tie:
Kalah berjuang, tak sama dengan kalah berangan.


naz ilyn;
Salam,
kalau tak singgah, jenguk pun tak mengapa...

kalah kerana calon
kalah kerana tak pandai berlakon?


Salam Tuan Rahisam:
Adat berjuang
ada kalah atau menang.
Tp kalau selalu kalah
itu tandanya ia lemah.


nahmy;
Ahaa... betullah tu kan..?


Brahimnyior:
Politik? minat juga
tapi saya lebih suka kutuk dari membela.
Nanti ada pula yang terasa. Ha ha ha.....


ku tak sempurna:
Hai... lelah... lelah... lelah berhelah... ha ha ha...


fazemy:
ya ke?

Terima kasih sudi ziarah...