Monday, July 6, 2009

UNTUK APA BERCAKAP..?

Kalau sejuta perkataan sehari pun bercakap
tapi langsung tak mendatangkan berkat
sebaliknya semuanya mendatangkan mudarat
lebih baik berdiam diri atau senyap.

Senyap itu ada kalanya lebih bermakna
tak menyinggungkan sesiapa
daripada bercakap banyak yang semuanya
boleh menyakitkan hati dan telinga..!

Andainya sepatah perkataan
tapi bernilai dan berharga
biarlah sepatah itu yang kedengaran
daripada banyak patah yang satu pun tak bermakna.

4 comments:

nahmy said...

yela...bercakap seadanya. tak bercakap langsung nanti 'kufur nikmat' pulak. dianugerahkan mulut tp tak guna...

ku tak sempurna said...

benar.. diam itu emas.. tapi kdg2 kita dah tak nmpk emas bila sdg geram...
astaghfirullahalazim...

abah aman said...

Salam Mie,
Betul... biar terlajak kereta, jangan terlajak cakap!

IRA said...

setuju.


:)