Friday, June 19, 2009

RAHSIA OTAK

Pada asasnya manusia hanya menggunakan 40% daripada kemampuan otak mereka. Manakala kemampuan 60% lagi dipersia-siakan. Tidakkah itu merupakan satu pembaziran dan kerugian kepada manusia itu sendiri?

Albert Einstein, manusia terbijak di dunia pun telah dikenalpasti menggunakan otaknya sehingga ke paras 16%. Ternyata manusiayang paling bijak pun tidak menggunakan sepenuhnya otak mereka.

Berasaskan kepada kajian mengenai penggunaan otak, bolehlah dibuat kesimpulan bahawa ramai manusia tidak menggunakan otak dalam bertindak, belajar dan melakukan apa saja perkara dalam kehidupan mereka.

Keseimbangan penggunaan otak dan perasaan malu boleh mengelakkan manusia melakukan perkara-perkara yang tidak diingini.

Namun jika penggunaan otak tidak dapat membendung keinginan nafsu, manakala perasaan malu pula tiada dalam diri, maka akan terjebaklah manusia itu dengan pelbagai perkara yang boleh merosakkan diri sendiri.

5 comments:

HarlymYeo said...

Tak sangka... selepas kita bersua di Facebook, di sini pula kita diketemukan. Tukar link nak?

MAZEMIE MAZ said...

harlym yeo:
selamat ketemu lagi.
tukar link? silakan..

Pyanhabib said...

ramai sakit otak sebab tak guna otak, hah ha!

abah aman said...

Salam mie,
Memang betul kata Pyan. Sekadar pandai makan otak-otak, tak tahu guna otak! Kesimpulannya, sakit otak!

MAZEMIE MAZ said...

pyan:
ramai tak tahu guna otak walaupun berotak.


Aman:
Salam,

pandai guna otak2 tak bermakna pandai juga guna otak.