Monday, February 23, 2009

0019 : KENAPA IMPIAN DAN REALITI?

Impian selalunya indah-indah.
Namun realitinya belum tentu seindah impian.
Begitulah realiti kehidupan.

Ramai yang cuba mengejar impian untuk dijadikan realiti yang diidamkan. Namun ramai juga yang berkecundangan di pertengahan jalan.

Maknanya realiti kehidupan tak semudah yang disangkakan. Tak seindah yang diharap-harapkan.

Jangan terlalu mudah mengorbankan diri sebagai cagaran dalam apa jua percaturan dalam mencari realiti kehidupan di luar kemampuan.

Berpijaklah di bumi nyata. Setinggi mana pun tangan digapai, belum tentu redup awan dapat dicapai.

Jangan sekadar mendengar guruh di langit, air di tempayan lalu dicurahkan. Berjanji memang mudah diucapkan. Menepatinya ada kalanya menjadi sukar andainya janji itu hanya berlindung kepentingan.

Di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung.
Di mana kita berginjak, di situlah percaturan nasib rugi atau untung.

6 comments:

Tie said...

Hu hu...memang selalu berpijak di bumi yg nyata, namun sekali sekala teringin juga nak berangan...hi hi..

RAHISAM RAMLI said...

Impian tanpa usaha memang jauh lebih indah dari realiti. Angan-angan membuatkan orang selalu tersenyum, realiti selalu membuatkan orang pelbagai memek muka kerana takkan semuanya seindah angan-angan.

Sufi Idany said...

semua org berimpian namun tak semua berusaha untuk merealisasikan impian. ramai yang menyalahkan takdir bila jatuh dan di uji. manusia mmg begitu....

Mak Su said...

jgn mimpi yang besar2, kelak kecewa diri

Sue Sham said...

kdg2 realiti dtg tanpa adanya impian
dan selalunya impian cuma tggl impian...kerna realitinya telah tertulis..

MAZEMIE MAZ said...

tie;
berpijak dbumi nyata, kewarasan. sesekali berangan naluri kehidupan.


tuan rahisam;
kekadang angan2 jambatan ke arah kerealitian.


sufi idany;
bermimpi tanpa usaha merealisasikannya samalah macam mat jenin...


ma ksu;
sekadar bermimpi, usah terlalu berharap.


gb;
memang ada benarnya...