Friday, March 5, 2010

FITRAH KEJADIAN - SIAPALAH KITA..?

.... Pictures, Images and Photos



Seluruh alam, sekelian makhluk - adalah terjadi dengan kebesaran dan kehendak Allah. Seharusnya tidak ada dari kejadian alam dan perjalanan makhluknya yang tersimpang dari peraturan yang ditetapkan Allah.

Lihatlah matahari dan bulan yang beredar mengikut garisan perjalanan yang terlebih dahulu diaturkan Allah. Dan perhatikan pula tumbuh-tumbuhan, tumbuhnya sebatang pokok dengan menghasilkan buah yang manis atau masam adalah dengan ketentuan yang telah ditetapkan.

Kerana tanpa menurut garisan dan ketentuan-Nya, maka berlakulah kerosakan alam dan apa saja kebinasaan yang berkaitan dengannya.

Jika makhluk yang tiada berakal (matahari, bulan, tumbuh-tumbuhan) mampu mentaati peraturan dan kehendak Allah, maka apa lagi alasan bagi manusia yang diberikan akal yang sempurna? Sedangkan kepatuhan itulah sifat yang sebaik-baiknya, sesuai dengan fitrah atau kejadiannya dan itulah yang dikatakan hakikat dari falsafah pengertian Islam.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan siapalah yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah dan dia perbuat kebaikan." (Surah al-Nisa': 125)

3 comments:

nahmy said...

salam Bang..
kejadian2 lain itu tidak sanggup memikul 'kuasa pilihan' bila ditawarkanNya, hanya manusia yg gah menyanggupinya utk menerimanya...yg akhirnya mereka sendiri terlupa apakah tujuan utama yg sepatutnya mereka lakukan dgn 'kuasa pilihan' itu...

مريم أبو أحمد said...

mengingatkan saya akan satu video yang meminta petunjuk dari Allah mengenai islam kemudian ditunjukkan ayat supaya menghayati (tadabbur) alam.. melihat ayat-ayat (bukti, tanda)pada langit, bumi, tumbuh-tumbuhan bahkan dirinya sendiri. :)

MAZEMIE MAZ said...

nahmy;
manusia yg bebas sering terlepas dan terbabas. sedangkan tingkah perlu terbatas...

mariam;
setiap kejadian sepatutnya menginsafkan kita...