Tuesday, October 6, 2009

MARAH VS GERAM VS DENDAM

Dia bukan marah
cuma geram.

Namun geram yang menikam
telah memakan tuan.

Marahnya kian berpanjangan
geramnya tak berkesudahan.

Maka timbul pula dendam
dendam dalam kemarahan
marah dalam kegeraman.

3 comments:

Brahimnyior said...

Dalam maknanya puisi ni.

Marah pada Indon yang mencarik-carik Jalur Gemilang?

Dendamkah tuan pada gerombolan BENDERA yang ingin mengganyang Malaysia?

Atau marah kepada Yang Maha Esa, menggempakan bumi Padang sehingga binasa?

Atau sekadar perasaan yang tiba-tiba datang bertanggak di jiwa kusut tak tentu hala?

Salam Syawal...

MAZEMIE MAZ said...

salam tuan,

marah pd pengertian yg tiada mendatang.
geram pg kefahaman yang tiada dibilang.

marah pd manusia bodoh tp berlagak pandai. tak tau mengenang budi dan jasa.

kebodohan melulu menyebabkan seseorang itu akan bertindak keterlaluan... makan akan wujudlah kebencian di kalangan yang lain...

abah aman said...

Salam mie,
Berpunca penyakit marah boleh membawa kepada penyakit yang lebih parah. Sesungguhnya marah itu adalah api syaitan. Dikatakan orang yang paling kuat ialah orang yang boleh menahan marah. Banyak bersabar mie...