Sunday, March 20, 2011
PENTING DIRI SENDIRI
Sayangi diri sendiri, bermakna diri sendiri itu penting.
Tapi yang penting, janganlah suka amalkan sikap pentingkan diri sendiri.
Friday, March 18, 2011
MACAM MANA TU..?
Kata seorang teman, kalau dalam bidang kesukanan, bila pemain atau pasukan merosot, jurulatih yang terpaksa menanggung risiko dan selalu dipersalahkan.
Kalau yang berkaitan dengan persekolahan, bila sekolah atau pelajaran murid-murid merosot, selalunya murid-murid yang dipersalahkan. Selalunya cikgu-cikgu lepas tangan dan jarang dipersalahkan.
Macam mana tu..?
*Coretan di atas sekadar perbandingan saja.
Thursday, March 17, 2011
BUKU MAMPU MENGUBAH DUNIA
Buku tetap terpengaruh serta mampu menandingi keupayaan teknologi digital masa kini dalam mendidik, menghibur serta memberi rangsangan kepada pemikiran rakyat.
Peranan buku tidak akan ada galang gantinya walaupun sesetengah orang mendakwa televisyen dan radio lebih berpengaruh serta mempunyai khlayak yang lebih luas.
Kerana buku bukan sekadar instrumen yang hanya merekodkan memori dan imaginasi, malah mampu mengubah dunia, memperbaiki kehidupan serta menjadi laluan kepada masyarakat berilmu.
Saturday, March 12, 2011
DISKAUN SAMAN
Ramai yg serbu kaunter nak bayar saman yg tertunggak. Berebut2 sebelum tarikh akhir. Itulah bahananya bayar saman di perhujungan.
Apa kata, lain kali kalau nak bagi diskaun saman, biarlah hanya kesalahan tertentu saja. Kalau kesalahan melanggar lampu merah atau memotong di garisan berkembar, rasanya tak patut diberikan diskaun.
Itu sekadar cadangan saja.
Thursday, March 10, 2011
KAU YANG BERNAMA WANITA
Kau yang bernama wanita
kaulah emak, umi dan mama
kau adalah kilauan permata
bergemerlapan di persada maya.
Kau kemurnian seorang kekasih
seharum merbak penawar terpilih
seumpama cahaya purnama nan bersih
membimbing langkah yang bertatih.
Kau yang bernama wanita
kau adalah isteri yang tercinta
luhur dengan jasad kesetiaan
senyum biarpun dalam kepayahan
syukur mendakap kebenaran.
Kau jua ibu dengan kemuliaan
sabar dengan kerenah-kerenah kesayangan
tanganmu yang menghayun buaian
kental semangat dan kudrat kehebatan
dunia mampu kau goncangkan
namun kasih sayang kau genggamkan.
Kau yang bernafas dengan kewanitaan
tetap terjulang dengan kemuliaan
bersedia dengan segala pengorbanan
di telapak kakimu terhitung syurga idaman.
Subscribe to:
Posts (Atom)