Saturday, January 16, 2010

DUNIA INI UNTUK EMPAT ORANG

Orang pertama: Seorang hamba yang Allah kurniakan harta dan ilmu kepadanya, lalu dengan ilmu dan hartanya itu dia berbakti ke jalan Tuhannya dan dia juga mengetahui akan hak Allah pada hartanya itu. Orang ini akan menduduki tahap yang utama di sisi Allah.

Orang kedua: Seorang yang Allah kuniakan ilmu tapi tidak dikurniakan harta kepadanya. Namun jika dia berniat andainya dia berharta akan dilakukannya seperti orang pertama, maka dengan niatnya itu dia akan mendapat balasan yang baik. Orang ini mendapat ganjaran yang sama seperti dia telah melakukan kebaikan.

Ketiga: Seorang yang dikurniakan harta tapi tidak dikurniakan ilmu. Maka digunakan hartanya itu ke jalan yang tidak betul, jauh sekali untuk berbakti kepada kebaikan. Sesungguhnya orang ini akan menempatkan dirinya di tahap yang paling buruk.

Keempat: Seorang yang tidak dikurniakan ilmu dan harta, tapi dia masih berniat andainya mempunyai harta, dia ingin mengikut jejaki seperti orang ketiga. Orang ini adalah menurut niatnya itu. Sedangkan dosa kedua-duanya adalah sama, iaitu akan ditempatkan dirinya di tahap yang paling buruk.